SANDAKAN 7 Mei - Proses pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan melibatkan seramai 270 pengundi awal terdiri daripada anggota polis bermula 8 pagi ini selepas dua pusat pengundian dibuka.

Pusat pengundian itu ialah Mes Pegawai Kanan Pasukan Polis Marin Sandakan membabitkan 170 pengundi, yang dibuka sehingga 2 petang, manakala proses pengundian di Rumah Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan membabitkan 100 pengundi berlangsung sehingga 12 tengah hari.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/prk-sandakan-proses-undi-awal-bermula-1.896158