PENJALANAN PILIHAN RAYA

KERANGKA SEDIA ADA (KELEMAHAN SISTEM, PROSES & PROSEDUR)

SEBELUM (Sebelum Dewan Bubar hingga Hari Penamaan Calon)

 

Pembubaran Dewan

  • Pembubaran Serentak atau berasingan antara Persekutuan/Negeri?
  • Perlukah tempoh masa tetap? Dewan Rakyat dan DUN hanya terbubar pada tarikh yang ditetapkan.
  • Perlukah tarikh pilihan raya yang akan datang ditetapkan terlebih dahulu sebaik sahaja keputusan pilihan raya diketahui?
  • Masa yang cukup bagi persiapan pilihan raya (SPR, Parti Politik, Agensi Kerajaan, Pengundi)
  • Kempen? Penguatkuasaan?
  • Peluang untuk semak daftar pemilih
  • Peluang untuk mohon undi pos

 

 

SEMASA (Hari Penamaan Calon hingga Pengiraan Undi)

  • Keperluan untuk berarak semasa Hari Penamaan Calon. Mengapa satu hari sahaja? Ada kaedah lain?
  • Kesalahan semasa Hari Penamaan Calon
  • Cukupkah informasi untuk mengenali calon? Cukupkah informasi untuk mengetahui ideologi dan tawaran calon kepada pengundi?
  • Adilkah kempen calon/parti politik? Cukupkah masa berkempen? Matang atau kurang matang?
  • Kesalahan-kesalahan waktu berkempen?
  • Cukupkah penguatkuasaan undang-undang?
  • Adakah undang-undang menyekat calon/parti berkempen?
  • Perlukah berkempen hingga sehari sebelum Hari Mengundi? Perlukah Tempoh Bertenang?
  • Cukupkah informasi untuk mengetahui kaedah mengundi dan pengiraan undi?
  • Cukupkah informasi untuk mengetahui peranan masing-masing dalam pilihan raya? (SPR, Agensi Penguatkuasaan, Kerajaan Sementara, Agensi Kerajaan, Calon, Petugas Parti Politik, Petugas Pilihan Raya)
  • Adilkah Undi Awal?
  • Adakah terdapat manipulasi Undi Pos?
  • Apakah kaedah sekarang memberi cukup ruang untuk semua golongan mengundi dengan selesa? (OKU, tahanan, banduan, pekerja, golongan minoriti)
  • Adakah kaedah pengundian sekarang cukup efisien? (Pengundi hantu, dakwat yang hilang, nama hilang, nama telah dipotong)
  • Adakah kaedah pengiraan undi sekarang cukup efisien? Manipulasi?
  • Adakah petugas pilihan raya sekarang cukup kemahiran dan bertindak secara adil?
  • Adakah kaedah pengumuman keputusan pilihan raya sekarang cukup efisien?
  • Keselamatan awam selepas pengumuman pilihan raya.

 

 

SELEPAS (Petisyen hingga Penubuhan Kerajaan Baru)

 

  • Adakah kaedah petisyen pilihan raya sedia ada cukup efisien?
  • Adakah kaedah pengurusan pelupusan dokumen pilihan raya sedia ada cukup efisien?
  • Tindakan agensi Kerajaan selepas selesai pilihan raya?

 

IMPAK KEPADA:

Pengundi

Calon

Parti Politik

SPR

Agensi Kerajaan

Parti Memerintah

Parti Pembangkang

 

CADANGAN PELAKSANAAN MASA HADAPAN

 

 

KERANGKA SEDIA ADA

 

KESALAHAN PILIHAN RAYA (SEBELUM, SEMASA & SELEPAS PILIHAN RAYA)

Rasuah, Penyalahgunaan Kuasa, Penyalahgunaan Jentera Kerajaan, Etika Pilihan Raya, Kesalahan Sivik (secara fizikal dan melalui media sosial)

 

 

PENGUAT KUASAAN DALAM PILIHAN RAYA (SEBELUM, SEMASA & SELEPAS PILIHAN RAYA)

Peranan Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Peranan PDRM

Peranan SPR

 

Implikasi terhadap:

Pengundi

Calon

Parti Politik

SPR

Agensi Kerajaan

Parti Memerintah (Kerajaan Persekutuan/Kerajaan Negeri)

Parti Pembangkang

 

CADANGAN PELAKSANAAN MASA HADAPAN