1.        PENDAFTARAN PENGUNDI

 

A.        KERANGKA SEDIA ADA (KELEMAHAN SISTEM, PROSES & PROSEDUR)

 

KELAYAKAN SEBAGAI PENGUNDI

Syarat Kelayakan Menjadi Pengundi

  • Umur
  • Bermastautin

 

Syarat Hilang Kelayakan Sebagai Pengundi

  • Tidak sempurna akal
  • Sedang menjalani hukuman penjara
  • Dilucutkan hak kewarganegaraan
  • Kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya

 

PERMOHONAN PENDAFTARAN

Kaedah Permohonan

 

Hadir Sendiri

  • Saluran pendaftaran sedia ada (seperti pejabat pos, pasukan bergerak SPR, wakil agensi Kerajaan, wakil NGO, wakil parti politik) Adakah masih relevan?
  • Wakil (tidak hadir sendiri)?

 

DOKUMEN SOKONGAN

Kad Pengenalan

Kad Pengenalan Palsu?

Proses verifikasi kelayakan pemohon

 

PENENTUAN TEMPAT MENGUNDI

Alamat Tempat Tinggal vs Alamat Kad Pengenalan?

Verifikasi Alamat – Alamat Palsu? Alamat Umum? PO Box? Alamat kuarters? Alamat asrama? Alamat institusi pemulihan?

Autoriti yang sepatutnya menentukan alamat?

 

PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH

Perlukah nama pemohon dipamerkan?

Perlukah pemohon dimaklumkan tentang status pendaftarannya?

Cara paling sesuai untuk memaklumkan pemohon?

Masih perlukah sebarang bantahan dibuat? (adil?telus?)

 

PENGGUNAAN TEKNOLOGI ICT DALAM PENDAFTARAN PEMILIH

Adakah perkongsian maklumat boleh membantu dalam mengesahkan maklumat pemohon?

Bolehkah permohonan dibuat sekali sahaja seumur hidup/ automatik dan segala perubahan kepada maklumat dalam kad pengenalan menyebabkan perubahan kepada daftar pemilih?

 

Impak kepada:

Pengundi

  • Dalam Negara
  • Luar Negara
  • Anggota Polis dan Tentera
  • Pasangan Tentera
  • Pengundi Sabah & Sarawak di Semenanjung
  • Pengundi Semenanjung di Sabah & Sarawak

Calon

Parti Politik

SPR

Agensi Kerajaan

Parti Memerintah

Parti Pembangkang

 

B.        CADANGAN PELAKSANAAN MASA HADAPAN

 

PENDAFTARAN BARU & PERTUKARAN ALAMAT

(1) Pendaftaran secara Online

  • Verifikasi pemohon (mengelakkan manipulasi)
  • Adakah boleh mohon tukar alamat melalui online?

 

(2) Pendaftaran secara Automatik

 

(3) Keperluan khusus untuk golongan tertentu

-     OKU

  • Penduduk di kawasan pedalaman

 

 

2.        PENGURUSAN DAFTAR PEMILIH

 

KERANGKA SEDIA ADA:

SEMAKAN & PENGEMASKINIAN DAFTAR PEMILIH (KELEMAHAN SISTEM, PROSES & PROSEDUR)

 

ISU PENGUNDI HANTU? (DALAM PERSPEKTIF PENDAFTARAN PENGUNDI)

Realiti vs Persepsi

Isu

  • Nama orang mati masih dalam senarai
  • Nama pengundi awam yang tidak tinggal di alamat dalam bahagian pilihan raya yang dia mengundi
  • Nama pengundi tentera yang tidak bertugas di kem yang didaftarkan dalam daftar pemilih
  • Nama pengundi yang ramai didaftarkan dalam satu alamat
  • Nama pengundi yang berumur 100 tahun dan ke atas dalam daftar pemilih
  • Nama pengundi polis dan tentera yang yang telah bersara dalam daftar pengundi
  • Nama pengundi tidak hadir luar negara yang telah pulang ke tanah air tetapi masih tidak dikemaskini
  • Nama pengundi masih ada walaupun di lokasi lokaliti tersebut sudah tiada lagi akibat pembangunan (cth. Flat Pekeliling)
  • Orang disyaki sama tetapi nombor kad pengenalan berbeza
  • Butiran nombor kad pengenalan yang dipegang tidak sama dengan yang didaftarkan dalam daftar pemilih (pemilik menukar nombor KP setelah sah didaftarkan sebagai pemilih)
  • Nama tidak sama antara kad pengenalan dengan dalam daftar pemilih (kes mengubah nama setelah menganut agama lain)
  • Butiran jantina tidak sama antara fizikal dengan dalam daftar pemilih
  • Butiran alamat tidak sama antara kad pengenalan dengan daftar pemilih
  • Tiada nombor rumah
  • Alamat tidak lengkap
  • Alamat terlalu umum

 

CADANGAN PELAKSANAAN MASA HADAPAN